Khamis, 22 April 2010

The Apostrophe: Istanbul: the Capital city of Kurdish Literature: Part I

Byline: Ferhad pirbal

First, we should chronologically explain the existence of Kurds in Istanbul before talking about the role of this city in developing Kurdish literature: 

- 1071: A book of collected poems by Swedish poet Gunnar Akelof entitled A Collection About Prince Amgeon talked about a Kurdish prince in the war year 1071 in the city of Malazgard, who had been captured by the Byzantines and later taken to Istanbul. 

- 1498: According to a survey in 1498, 382 Kurds were living around the city of Istanbul.

- 1442: Shahabaddin Ahmad, known as Mala Gorani, who was born in 1410 in Sharazur city, came to Anadole at the request of Sultan Murad II. In 1442, Ahmad started teaching in the schools in Bursa. In 1443, he became the teacher of Sultan Muhammad Fatih in Istanbul in the district of Manisa. Later, in 1480, this Kurdish scholar became Sheikh Al-Islam in Istanbul until his death. 

- 1500: Abu Suhood Afandi (1491- 1575), a Kurdish person, was Sheikh Al-Islam in Istanbul at the era of Sultan Suleimani Qannuni and Sultan Salim II. He was born in the village of Muddaris around Istanbul city, and was the son of a great person, Sheikh Muhhedddin Mustafa. His family was originally from the city of Akre and later moved to Istanbul. He also worked in the schools Dawid Pasha and Mahmud Pasha, and later became a judge.

- Mala Idrisi Batlisi (1452- 1520) was a great Kurdish personality who served the Ottoman Empire. He wrote 20 books in the Ottoman language, and two dissertations were written on his books: Salimnama and Shahanshay Qanini. Under the request of Sultan Bayazidi II (1418- 1512), he wrote Hasht Bahasht about the history of Ottoman. This made him famous. 

- 1600: Abdullah Afandi, a Kurdish scholar in the 17th century, was a Sheikh in one of the Sufist schools in Istanbul city. 

- 1730: The uprising of Wasta Khalili Istanbuli took place. Karim Korjan, a Kurdish poet, wrote about it.

- 1836: Mir Muhammad Rwandzi was exiled to Istanbul and received by Sultan Muhammad II.

- 1847: Baderkhan Pasha (1802-1868) was arrested and exiled with family members to Istanbul.

- During the years 1876-1909, in the era of Sultan Abdul-Hammed II, a huge number of Kurds moved to Istanbul. Abdul-Hakim Afandi, a Kurdish scholar, was the teacher of Abdul-Hammed II. Sheikh Saeed, father of Sheikh Mahmoud, along with Peramerd the Port, was invited to Istanbul by the Sultan. Also at that time, Saeid Paha Khandan, father of Gen. Sharif Pasha, was the deputy Speaker of the Ottoman Parliament. 

- 1878: Qara Fatim, the revolutionist woman, went to Istanbul from Marasha with 300 Kurdish knights to ask the PashaAEs permission to participate in the Ottoman EmpireAEs war against Russia in 1878.

- Another great figure, Ali Shamil Pasha (1855- 1908) gathered 3,000 Kurds in Istanbul to take part in the war against the Russians. He lived in Istanbul with his family and had a Kurdish guest room in the district of Khunkar Imam in the Aji Badam sector.

- 1889: Dr. Abdullah Cevdet (1868- 1932) and Ishak S'kuti (1868-1902), two Kurdish cultural personalities in Istanbul,
founded the first political organization (Committee of Union Development) to dissolve the Ottoman Empire on May 21, 1889, in Istanbul.

- 1891: a number of Kurdish tribes gathered and headed to Istanbul and organized Swarai Hamidia; later, in 1893, Sultan Abdul-Hammed received them and offered them medals.

- 1892: The school of Ashayariya was opened in Istanbul in which Kurdish children attended classes.

- Atatol Bahram Oghlu, a late-19th-century poet, talked about exhausted Kurdish workers in Istanbul in a few lines of one of his poems about Istanbul city.

- On July 9, 1898, Gen. Sharif Pasha, the Kurdish politician in Istanbul, became the ambassador of the Ottoman State in Stockholm and was a secret member of the Committee of the Union and Development.

- 1898: The Ottoman Sultan threatened Miqdad Madhat Badirkhan in Istanbul, and said that if he didnAEt close the newspaper; they would take away all his possessions.

- At the last quarter of the 19th century, many Kurdish poets like Nali, Haji Qadri Koiey, Kaifi, and Sheikh Razay Talabani spent their lives in Istanbul. At the beginning of the 20th century, the residents of many districts and cafes in Istanbul were only Kurds, like the family of Zihni of Pashay Baban (1850- 1929), Ismael Haqi Babanzada (1876- 1913), Shukri Baban (1893- 1980), and Jihad Hikmat Baban (1911- 94).

- Qassim Amin (1860- 1903) was originally Kurdish from Suleimaniya city. He finished his studies in France and was a judge in Egypt; he also settled in Istanbul for awhile. His famous book, Huriyat Niswan (The Freedom of Women), was translated into Turkish and became popular in Istanbul.

- Abdul- Razaq Badirkhan (1846- 1918) studied in Istanbul. He was one of those personalities who offered medals to people. After murdering Razwan Pasha in 1906, he was exiled to Libya. In that year, the father of Simko Aghay Shikak was exiled to Istanbul.

- Zia Gwek Alep (1876- 1924), a sociologist and a great Kurdish scholar in Diyar Bakir city, carried out linguistic research about the Kurdish language with Khalil Khaiali in Istanbul. He was an effective person in the field of modern Turkish sociology. 

- Great Kurdish author Saeid Nursi (1876- 1960) lived in Istanbul.

- Muhammad Shafiq Arwasi Zada (1884- 1970) was the staff head for reviewing the Quran.

- Amin Hali Badirkhan (1851- 1926) was the judicial investigator.

- Kamaran Badirkhan was born in Istanbul in 1895 and studied there. He left Istanbul in 1914.

- The magazine Zhin, published in Istanbul, informed us that the number of Kurdish workers in Istanbul were 5,000 to 10,000 in 1918.

- According to a source, 200 students were studying in different departments in Istanbul universities and institutions in 1918.

- Mamduh Salim (1880- 1976) was another Kurdish cultural personality who knew French and lived in Istanbul. He studied philosophy there and was a member of the Committee of Union and Development and the Hevi Organization. He headed to Damascus to work for Khoibun.

- Ahmad Ramzi Zada was the owner of the Ijtihad Library, and became the administrator of Mashrutiyat School in Istanbul in 1910. He was also an author in the city of Istanbul.

- Hamza Bagh Moksi, executive editor of Zhin newspaper, was hanged in Istanbul in 1919. 

- Muhammad Shukri Sagban (1881- 1960) was a political activist at the beginning of the 20th century. He was also a well-known cultural personality in Istanbul. 

- Lutfi Fikri Diyarbakri (1872- 1934) finished the College of Rights in France; after the 1908 coup dAEtat, he was elected the representative of Darsim in the Majlis of Mabhusan.

- Tofiq Wahbi, who was born in 1891, participated in military training in Istanbul.

- Rafiq Hilmi (1898- 1960) spent his life in Istanbul when he was a young man.

- According to a survey, during the years 1934-35, the number of people who spoke Kurdish were about 2,095. Of those, 1,668 were males and 427 were females.

- In the middle of the 20th century, the Kurdish population in Istanbul was about one million.

Translated by Hawjin Rashadaddin

Copyright A[umlaut] 2006 - 2008 The Kurdish Globe

Provided by Syndigate.info an Albawaba.com company

ENAKMEN TAREKAT TASAWWUF

ENAKMEN TAREKAT TASAWWUF: SATU PENJELASAN
OLEH: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
SEMPENA SEMINAR TASAWWUF NEGERI SEMBILAN 2007
(22 DISEMBER 2007 = 12 ZULHIJAH 1428)

ABSTRAK
Tarekat Tasawwuf merupakan satu kumpulan amalan yang penting di kalangan umat Islam di nusantara. Walau bagaimanapun kebelakangan ini Tarekat Tasawwuf sering dimomokkan sebagai menyeleweng daripada aqidah Ahl as-Sunnah Wa al-Jama’ah. Hal ini menyebabkan pengamal Tarekat Tasawuf memencilkan diri dan mengamalkannya secara bersembunyi. Justeru kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus telah menguatkuasakan Enakmen Tarikat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 sebagai satu usaha murni bagi memartabatkan semula amalan tarekat ini. kertas ni juga dikemukakan untuk memberi penjelasan tentang keperluan kumpulan tarekat tasawwuf secara lebih tersusun dan sistematik.

PENDAHULUAN
Tarekat Tasawwuf merupakan satu organisasi bagi melaksanakan aktiviti tazkiyah al-nafs dan tarbiyyah ruhiyyah melalui pengamalan aurad dan zikr yang tersusun. Tarekat Tasawwuf juga telah digerakkan secara sistemak dan terancang. Dalam pengamalannya terdapat empat elemen penting iaitu syaikh, baiah, aurad dan ikhwan. Keempat-empat perkara ini telah disusun dan diorganisasikan dengan baik. Bahkan pengamal Tarekat Tasawuf telah menyediakan satu manhaj dan qawaid bagi Tarekat Tasawuf secara teratur. Pelbagai karya berkaitan hal ini telah dihasilkan antaranya kita boleh melihat dan merujuk kaedah-kaedah yang telah disusun oleh al-Imam al-Sya’rani di dalam kitabnya al-Anwar al-Qudsiyyah Fi Ma’rifah Qawaid al-Suffiyyah. Kesungguhan golongan sufi ini telah menjadikan Tarekat Tasawwuf sebagai tonggak bagi mempertahankan kesuciaan syariat Islam dan kedaulatan bumi umat Islam di sepanjang zaman.

PENGORGANISASIAN TAREKAT TASAWWUF
Tarekat Tasawwuf telah menjadi landasan bagi penyatuan hati umat Islam. Melalui kaedah penyucian jiwa dan penyemaian sifat-sifat mahmudah yang mantap mereka telah berjaya memayungi dan mempertahankan umat Islam daripada pelbagai anasir yang tidak sihat. Bahkan golongan ini telah memainkan peranan yang penting bagi menjaga kebajikan umat dan memberikan didikan yang sempurna. Melalui lidah para sufi dakwah Islamiyyah tersebar luas seantero dunia. Hal ini telah diriwayatkan oleh Ibn Batutah disepanjang pelayarannya yang mengelilingi dunia. Kegigihan ini telah melahirkan umat yang mempunyai kekuatan iman dan asas persaudaraan Islam yang mantap. Dengan kekuatan ini Islam terus meneroka dunia dan mempertemukan manusia dengan cahaya hidayah dan keindahannya.


Di Mesir, kewujudan organisasi Turuq Sufiyyah bermula di zaman pemerintahan Sultan Salahuddin al-Ayubi. Ini terbukti apabila beliau telah membina al-khanaqah yang juga dikenali ketika itu sebagai Sa’id al-Su’ada’. Al-Khanaqah juga dikenali sebagai ziwayah iaitu tempat untuk mengamalkan segala bentuk syiar agama seperti solat, puasa, tahajjud, zikr, fikr, berwirid, mendirikan halaqah zikr dan lain-lain.


Pada kurun ke-19 Tarekat-tarekat Tasawwuf di Mesir dipimpin oleh seorang syaikh utama. Beliau merupakan juru bicara bagi pihak semua tarekat yang ada. Pada masa yang sama setiap tarekat mempunyai seorang syaikh, manakala setiap syaik mempunyai khulafa’ di kawasan perkampungan dan naibnya di pusat-pusat dan tempat pengajian.


Undang-undang pertama telah dikuatkuasakan pada 2 Jun 1903 bagi menyusun Tarekat Tasawwuf. Penambahbaikan terhadap undang-undang ini telah dilakukan dengan pewartaan Undang-undang No. 118 pada tahun 1976. Antara lain undang-undang in telah mewujudkan Majlis Sufi dan menentukan keanggotaannya yang terdiri daripada;


1.Syaikh Masyayaikh
2.10 orang yang dilantik dikalangan syaikh-syaikh tarekat
3.Wakil Universiti al-Azhar yang dinamakan oleh Syaikh al-Azhar
4.Seorang wakil Kementerian Wakaf yang dinamakan oleh Menteri
5.Seorang wakil Kementerian Dalam Negeri yang dinamakan oleh Menteri
6.Seorang wakil Kementerian Kebudayaan
7.Wakil-wakil daripada agensi lain yang ditentukan oleh Menteri di Kementerian berkenaan.


Usaha bagi memantapkan Institusi Tarekat Tasawwuf di Mesir diperkasakan lagi apabila Presiden Republik Mesir meluluskan Udang-undang No. 54 pada tahun 1978. Undang-undang ini dilihat sebagai usaha memurnikan ketulenan manhaj tasawwuf dan penglibatan institusi ini dalam kegiatan dakwah, pendidikan, pengurusan kewangan dan pentadbiran, pembentukan peribadi dan lain-lain.


Di Malaysia pula satu Persidangan as-Sufiyyah seluruh Malaya pernah diadakan pada 2 Oktober 1960 bertempat di Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Satu petubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Tarekat Sufiah yang menggabungkan Tarekat-tarekat Tasawwuf ini juga telah diwujudkan. Persatuan ini pernah mengadakan Mesyuarat Agungnya yang pertama pada 3 Jun 1962. Walau bagaimanapun dengan sebab-sebab yang tidak diketahui pendaftaran Persatuan telah dibubarkan.


Dalam Persidangan Kongres Ahli-ahli Tariqat as-Sufiah Dr. Burhanuddin al-Hilmy mengatakan,
" Dalam konteks gerakan pembangunan dalam lapangan-lapangan yang lain maka ahli tasawwuf ini hendaklah menyusun persekolohan , yayasan, asrama, perpustakaan dan organisasi pertubuhan-pertubuhan yang tersusun hidup dan lengkap dengan syiar yang mulia dan agung sesuai dengan ilmu pengetahuan dan amalan negeri ini. Ahli Tariqat Suffiah mesti mengorak langkah baru sesuai dengan dunia baru atom dan perlumbaan angkasaraya. Sebagaimana ulama-ulama feqh dan ulama-ulama ilmu yang lain mensesuaikan fatwa-fatwa dan pendapat-pendapat dengan perkembangan zaman dan hajat masyarakat kepada ilmu itu pada memelihara dan memperkukuh bangunan Islam itu. Maka demikian juga ulama-ulama tariqat Sufiah tidak boleh membeku dengan cara kolot lagi.


Pada 17-19 Ogos 2002, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawwuf telah diadakan di Hotel Hilton, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Dalam seminar yang turut dihadiri oleh ulama-ulama besar luar negara telah mengeluarkan resolusi-resolusi yang menyatakan hasrat untuk mengembalikan kewibawaan Tarekat Tasawwuf dalam kegiatan dakwah dan pembinaan ummah (lihat lampiran A).


Bagi merealisasikan resolusi itu Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah memulakan inisiatif untuk menggubal satu undang-undang agar Tarekat Tasawwuf dapat dibawa semula ketengah masyarakat dan disamping menggiatkan usaha pemurniaan dari masa ke masa. Berkat niat murni semua peserta seminar tersebut maka pada tahun 2005, Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) dibentangkan di dlaam Dewan Undangan Negeri Sembilan dan dikuatkuasakan pada Januari tahun berikutnya.


ENAKMEN TAREKAT TASAWWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005
Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 telah dikuatkuasakan pada 24 Januari 2006. Enakmen ini mengandungi 10 bahagian dan 35 seksyen (lihat lampiran B). Enakmen ini digubal dengan melihat kepada aspek-aspek berikut:


Pertama, mengiktiraf pengamalan Tarekat Tasawwuf yang dtubuhkan dan diamalkan di Negeri Sembilan. Hal ini penting selaras dengan Resolusi Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawwuf yang telah diadakan pada tahun 2002 yang lalu. Tarekat Tasawwuf dilihat sebagai satu wadah diantara wadah-wadah pembinaaan insan kamil dan wahana penting dalam penyebaran dakwah khususnya di Malaysia. Pendekatan kerohaniaan telah terbukti dalam sejarah sebagai medium yang paling mapan bagi membina jati diri umat Islam untuk mencapai kebahagiaan ukhrawi yang hakiki di samping persediaan awal bagi mengharungi kepesatan pembangunan dunia.


Namun kerana kegagalan pengamal Tarekat untuk bertahan sebagai peneraju umat, sementelahan pula dakyah dan tohmahan tidak sihat berkaitan tarekat Tasawwuf tersebar luas, maka kedudukan Tarekat Tasawwuf terus terpinggir dan dipandang serong oleh masyarakat Islam. Tarekat kemudiaanya diamalkan secara eksklusif dan terpencil. Akhirnya ada segelintir daripada umat Islam terjebak ke dalam fahaman kebatinan yang menyesatkan yang bertopengkan Tarekat Tasawwuf. Enakmen ini secara langsung mengembalikan semula peranan Tarekat Tasawwuf dalam dakwah dan mempertahankan kemuliaan umat Islam di Malaysia.


Kedua, mendaftarkan Tarekat Tasawwuf . Enakmen ini mewajibkan sebarang tarekat yang ingin ditubuhkan dan diamalkan di Negeri Sembilan didaftarkan. Bagi melaksanakan tujuan ini, jawatan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar diwujudkan. Kini Jabatan Mufti Negeri Sembilan mempunyai bahagaian khusus untuk menguruskan Hal Ehwal Tarekat Tasawwuf.


Pendaftaran tarekat bukan bermaksud menafikan hak untuk beramal tetapi ianya sebagai langkah yang rasmi untuk menjayakan hasrat bagi mengiktiraf sesuatu tarekat. Tarekat yan telah disemak pengamalannya oleh Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah dan kemudiannya diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, akan diberikan Perakuan Pendaftaran sebagai satu pengiktirafan undang-undang. Tarekat Tasawwuf berkenaan akan dilindungi oleh undang-undang dan pada masa yang sama wajib mematuhi kehendak-kehendak Enakmen secara berterusan. Hal ini penting bagi memastikan bahawa Tarekat Tasawwuf yang diamalkan sentiasa di dalam keadaan murni dan terbimbing.


Ketiga, membangun dan memajukan amalan Tarekat Tasawwuf. Enakmen ini secara langsung menggariskan beberapa usaha pembangunan Tarekat Tasawwuf demi menentukan kejayaan dalam perlaksanaanya. Antara aspek pembangunan yang dilihat penting bagi sesuat Tarekat Tasawwuf ialah dengan memperkasakan modal insan melalui pengajian keilmuan , pemerkasaan wibawa seseorang syaikh, pembangunan pusat pengamalan tarekat dan pengemaskinian maklumat mutakhir bagi sesuatu Tarekat Tasawwuf itu. Para syaikh diminta untuk menyerahkan laporan tahunan yang mengandungi beberapa maklumat penting seperti senarai ahli baru, senarai ahli yang digugurkan, senarai premis yang digunakan untuk pengamalan dan lain-lain. Pihak luar boleh mengakses segala maklumat yang ada. Ini sebagai usaha untuk memasyarakatkan tasawwuf dan diketengahkan dengan lebih telus. Disamping itu para ahli sesuatu tarekat dapat mengetahui ahli tarekat yang mereka amalkan. Dengan itu mereka boleh berinteraksi dan menjana budaya pertukaran fikiran yang sihat. Hal ini sememangnya menjadi teras di dalam pengamalan tarekat. In kerana al-ikha’ adalah merupakan satu medium pembersihan jiwa yang menjadi amalan para tabi’in. Menurut al-Hassan al-Basri,

Yang bermaksud: Saudara yang terbaik bagi kamu ialah yang apabila kamu menemuinya , dia mengingatkan kamu tentang kedudukan kamu dengan Allah, berbanding saudara yang apabila kamu temui dia meletakkan di dalam genggaman kamu beberapa dinar.


Keempat, pemerniaan dan pemantauan, enakmen ini telah menggariskan usaha-usaha pemurnian dan pemantauan yang berterusan terhadap pengamalan tarekat –tarekat tasawwuf. Seawal pendaftaran, sesuatu tarekat yang ingin beramal di Negeri Sembilan perlu ditentusahkan dalam beberapa aspek seperti kewibawaan syaikh, silsilah tarekat, pusat pengamalan dan bahan-bahan rujukan utama pengamalannya.


Sesuatu Tarekat Tasawwuf akan terus dipantau dan dimurnikan. Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah diberi tanggungjawab penuh oleh Jawatankuasa Fatwa untuk membuat penyelidikan dan kajian mendalam terhadap semua aspek Tarekat Tasawwuf dan pengamalannya. Oleh sebab itu Anggota Jilsah Turuq sufiyyah dilantik di kalangan penyelidik yang berkepakaran dalam bidang tasawwuf dan di kalangan pengamal tarekat itu sendiri. Gabungan pengalaman antara semua anggota Jilsah Turuq Sufiyyah yang bersifat nazari dan amali akan memacu usaha-usaha pemurniaan dan pemantauan terhadap pengamalan tarekat tasawwuf di Negeri ini.


Semua tarekat yang telah didaftarkan perlu mematuhi arahan pendaftar dan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dalam semua aspek, sama ada dalam aspek hukum syarak, akidah mahupun berkaitan tasawwuf. Semua tarekat perlu mematuhi arahan tersebut bagi menjamin keharmoniaan pengamalan dan menepati hukum syarak yang dikaji secara ilmiah.


Kelima, memasyarakatkan Tarekat Tasawwuf. Tasawwuf dalam pasca Enakmen ini perlu dimasyarakatkan. Ianya kini bertindak sebagai medan untuk masyarakat bermuhasabah dan memperbaiki diri. Bahkan sebagaimana kehendak enakmen para syaikh perlu kehadapan untuk memberikan pengetahuan yang cukup kepada para ahli dan masyarakat sekitarnya. Enakmen ini mensasarkan agar masyarakat mendapat limpahan ilmu daripada tarekat yang diorganisasikan dengan baik dan sistematik.


Demikianlah beberapa kehendak dan hala tuju Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 untuk dipatuhi oleh semua pengamal tarekat yang telah didaftarkan. Dengan gabungan tenaga semua pihak yang terlibat adalah diharapkan enakmen in akan memberi sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan peningkatan syiarnya di Negeri Sembilan.


TANGGUNGJAWAB SYAIKH DALAM ENAKMEN
Seseorang syaikh bertanggungjawab penuh terhadap tarekat yang dipimpinnya. Seseorang syaikh diberi tanggungjawab khusus oleh Enakmen ini antaranya ialah


Pertama, Menjadi penghubung di antara ahli tarekat dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan. Syaikh bertanggungjawb untuk memaklumkan segala keputusan dan arahan Jawatankuasa Fatwa yang dipanjangkan oleh Pendaftar dari masa ke semasa. Hal ini adalah untuk mempastikan bahawa segala keputusan oleh Jawatankuasa Fatwa sampai kepada ahl-ahli tarekat untuk menjadi amalannya. Penyelarasan bertujuan supaya keharmonian dalam pengamalan tarekat dan tasawwuf dapat dijaga.


Kedua, memastikan bahawa ahlinya mematuhi segala bentuk Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa. Pada kelazimannya Fatwa dikeluarkan apabila timbul suasana kontroversi atau pertikaian berkaitan sesuatu hukum. Justeru Fatwa yang dikeluarkan mengikat setiap orang Islam di Negeri Sembilan.


Ketiga, melaporkan kepada Jawatankuasa Fatwa segala bentuk pelanggaran yang telah berlaku dikalangan ahlinya setelah nasihat dalaman diberikan kepada individu berkaitan.
Berdasarkan ketiga-tiga tanggungjawab ini jelas menggambarkan bahawa para syaikh perlu menguruskan tarekatnya secara sistematik. Sesuatu tarekat perlu mempunyai anggota pengurusan yang cekap agar segala maklumat dua hala dapat disalurkan.


KESALAHAN DAN PENALTI
Secara umumnya kesalahan yang dinyatakan di dalam Enakmen ini adalah akibat pelanggaran perkara-perkara yang bersifat teknikal . Enakmen ini tidak memperuntukkan kesalahan daripada aspek pengamalan tarekat itu secara langsung. Kesalahan dan kesilapan berkaitan amalan akan diawasi oleh Jawatankuasa Fatwa setelah dibuat kajian mendalam oleh Jilsah Turuq Sufiyyah. Senarai kesalahan dan penalti yang dikenakan adalah seperti di Lampiran C.


KESIMPULAN
Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 adalah satu kejayaan khalayak Sufi untuk meletakkan Tarekat Tasawwuf di martabat yang selayaknya. Para Sufi perlu mengambil kesempatan ini untuk mengemaskinikan kegiatan mereka supaya lebih sistematik dan berinformasi. Hal ini penting untuk faedah masyarakat awam. Tarekat-tarekat Tasawwuf perlu lebih aktif dalam menjalankan program-program keilmuan dan tarbiyyah ruhiyyah. Tarekat juga perlu lebih prolifik dalam menghasilkan karya-karya khususnya berkaitan tasawwuf sebagai panduan bersama. Akhir sekali semua Tarekat Tasawwuf perlu menggabungkan diri dengan pihak berwajib khususnya Jabatan Mufti bagi memastikan Tarekat Tasawwuf terus dipelihara danmenjadi wadah yang terbaik dalam mendidik umat Islam.

RUJUKAN


al-Bilali. Abd al-Hamid. 2002. Manhaj al-Tabi’in Fi Tarbiyyah al-Nufus. Maktabah al-Manar al-Islamiyyah. Kuwait.
Burhanuddin al-Hilmy. Dr. 2006. Simposium Tasawwuf dan Tariqat. Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Seremban.
Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan).
Rafiq al-Ajam, dr. 1999. Mawsu’ah Mustalahat al-Tasawwuf al-Islami. Maktabah Lubnan Nasyirun, Beirut.
al-Taftazani, Dr. Abu al-Wafa’.1991. Rasail al-Majlis al-A’la li al-Turuq al-Sufiyyah Fi Misr. Matba’ah al-Amaniyyah, Syubra.

LAMPIRAN A
RUMUSAN RESOLUSI SEMINAR
SEMINAR ANTARABANGSA DAKWAH DAN TARIQAT TASAWWUF PADA 8-10 JUMADA AL-AKHIR 1423H BERSAMAAN 17-19 OGOS, 2002. BERTEMAKAN "PENJANAAN TARIQAT TASAWWUF DALAM PEMBANGUNA NEGARA", ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA:


Berpandukan ucap utama dan sesi pembentangan kertas-kertas yang telah diterima oleh seminar ini, maka disepakati dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat SYURA memaklumkan RESOLUSI SEMINAR seperti berikut:-


1. Bahawa dakwah Islamiah dan Tariqat Tasawwuf adalah sebahagian dari tuntutan ajaran Islam yang tulen dan sah (Asolah dan Sohihah) dan telah diamalkan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW. Justeru dakwah dan Tariqat Tasawwuf hendaklah diterima pakai seiring jalan untuk menjaana pembangunan insan dan negara.


2. Penggerak dakwah dan penghayatan amalan tariqat dan tasawwuf di semua peringkat hendaklah iltizam dengan syariat dan mendalami ilmu-ilmu syariat sebagai asas dan panduan sahih dan murni dari sebarang penyelewengan.


3. Menyedari peranan tokoh-tokoh sufi telah berjaya menyebar dakwah Islamiah dan menjadi pelopor perjuangan jihad umat Islam menentang penjajah dan menghadapi gerakan misionari kristian dan serangan ideologi sekular barat, maka diisarankan kesepakatan dan kegiatan bersepadu dalam usaha-usaha dakwah dan amal makruf nahi munkar di semua peringkat massa dan negara dengan menyediakan prasarana yang lengkap dan sesuai.


4. Memandangkan wujudnya berbagai-bagai aliran dan kumpulan pengamal Tariqat Tasawwuf yang sering disalah fahami, dengan ini diseru supaya ditubuhkan satu ’Persatuan’ atau ’Pertubuhan’ yang menyatupadukan semua kumpulan tariqat dan tasawwuf seluruh negara, serantau dan di peringkat antarabangsa serta berfungsi sebagai Badan Pemantau serta berwibawa menangani sebarang isu yang berkaitan dengan Tariqat Tasawwuf.


5. Tariqat Tasawwuf melalui pertubuhan rasminya perlu memaksimumkan penggunanaan teknologi komunikasi maklumat yang berautoritikan berkenaan dengan Tarekat Tasawwuf.


6. Bahan-bahan sejarah dan khazanah ilmiah yang relevan dengan tokoh-tokoh sufi dan kumpulan Tariqat Tasawwuf hendaklah dipelihara dan dilindungi serta diurus dengan rapi dan sistematik untuk rujukan masyarakat pencinta tariqat dan tasawwuf serta generasi akan datang. Kerajaaan Negeri Sembilan dicadangkan mengadakan galeri perkembangan Tariqat Negeri dengan kerjasama Muzium Negeri.


7. Pegangan amalan tariqat sunni-salafi dapat mendidik manusia sebagai individu masyarakat dan umat mampu menjadi penjanan kekuatan rohaniah umat Islam bagi mencapai kemuliaan hidup serta menghadapi cabaran sepanjang zaman. Ia juga diyakini mampu menyelesaikan masalah kejiwaan generasi kini yang menghadapi konflik jiwa dan cabaran globalisasi. Justeru tuntutan dakwah dan amar makruf nahi munkar serta amalan praktik Tariqat Tasawwuf perlu diterapkan dalam proses pendidikan setiap lapisan generasi muslim.


8. Peranan gerakan dakwah dan pertubuhan Tariqat Tasawwuf dalam pendidikan perlu dipertingkatkan dan diperluas dengan menganjurkan program zikir untuk masyarakat awam, serta menubuhkan institusi pendidikan dan pengajian dengan menggunakan segala sumber material dan kepakaran yang selari dengan kepesatan bidang pelajaran dan pendidikan semasa.


9. Unsur-unsur positif dan tatacara asuhan rohani yang membina dalam disiplin Tareqat Tasawwuf hendaklah dimasyarakatkan bagi menjana kekuatan umat Islam berasaskan warisan amalan salaf al-saleh yang baik di samping prinsip-prisnsip moden yang sesuai.


10. Badan-badan dakwah dan gerakan Tariqat Tasawwuf hendaklah memberi laluan yang meneparti syarak kepada golongan muslimat bagi menyumbangkan kepada pengislahan masyarakat dan dalam kerja-kerja kebajikan pusat-pusat perlindungan dan pemuliharaan.


11. Islam sebagai ad-din yang sesuai dengan fitrah, maka pemahaman ,penghayatan dan pelaksaanaan ajarannya yang syumul termasuk Tareqat Tasawwuf hendaklah diterapkan dengan penuh hikmah dalam semua aspek kehidupapan khususnya politik, ekonomi, sosial, keseniaan dan kebudayaan serta pembentukan pola pemikiran masyarakat.


12. Berdasarkan pengalaman sejarah, Tariqat Tasawwuf juga perlu memberikan tumpuan kepada strategi mengislamkan non-Muslim.

http://hanputra.blogspot.com/2009/08/enakmen-tariqat-tasawwuf.html

Rabu, 21 April 2010

Biografi Shaikh Haji Maarof Yaakob daripada Lenggeng, Negeri Sembilan

Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Kholidiah - Syeikh Haji Maarof Yaakob

Syeikh Haji Maarof Yaakob berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan iaitu sebuah mukim yang bersempadan dengan kawasan Ulu Langat Selangor. Kawasan ini lebih mudah dihubungi melalui jalan Kajang- Seremban. Sebahagian besar penduduknya ialah berasal dari tanah seberang khususnya masyarakat Minangkabau. Tuan Haji Maarof dilahirkan pada tanggal 1901 bersamaan lebih kurang tahun 1322H pada hari selasa pukul 10.00 pagi di sebuah pondok tengah sawah Kampung Sungai Bunga. Anak pertama bagi pasangan Yaakob Haji Saman dan Siti Hajar Haji Arshad asalnya diberi nama Muhamad Jinid, namun bayi ini sering menghadapi masalah dan mengikut kepercayaan orang-orang tua nama tersebut tidak serasi bagi batang tubuh anak. Lalu ditukarkan kepada Maaruf dengan harapan akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
.
Nenek moyang sebelah ibunya berasal dari tanah Jawa. Neneknya bernama Inah dan bapanya Haji Arshad dari Jawa Tengah. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan berkampung di Pulau Besar. Keluarga ini akhirnya masuk suku mengikut adat negeri ini iaitu berperut kepada Suku Biduanda. Manakala sebelah bapanya berasal dari Tanah Minang dan bermukim pula di Kampung Ampang Penajis. Di sanalah bapanya dilahirkan dan ternaung di bawah Suku Batu Hampar.
.
Mereka berpindah ke Lenggeng dalam sekitar tahun 1895. Di sinilah ibu dan bapanya bertemu jodoh. Lima tahun kemudian, mereka dikurniakan cahaya mata. Pondok penginapan mereka terletak kira-kira di hadapan Masjid Mandom sekarang.
.
Pendidikan
.
Meningkat usia 7 tahun, Maarof pun menjejakkan kakinya di Sekolah Melayu Pekan Lenggeng kira-kira 2.5 km dari rumahnya. Sekolahnya hanya beratapkan rumbia dan berdinding papan di tepi sawah. Di sinilah ia bersekolah hingga menamatkan darjah 5. Kemudian beliau terpilih melanjutkan pendidikan dua tahun lagi sehinggalah lulus peperiksaan peringkat sekolah rendah. Haji Maarof mendapat nombor ke lapan dari 2,550 murid yang mengambil peperiksaan itu. Kejayaan ini membuka peluang kepada beliau untuk menjadi guru kecil ( pelatih) dan diterima mengajar di Sekolah Melayu Pantai, Jalan Jelebu. Sebagai tanda kelayakannya, Kerajaan British ketika itu menganugerahkan beliau 'Certificate For Standard V' ( 30 Jun 1917) dan 'Certificate Of Registration Of A Teacher' pada 28 Oktober 1921. Haji Maarof kemudiannya berpindah pula ke Sekolah Melayu Mantin (1918). Beliau bertemu jodoh dalam tahun 1921 berkahwin dengan seorang gadis bernama Ghina bt Muhamad Nuh.
.
Anggota M.V.I
.
Apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama, Kerajaan kolonial British telah menubuhkan pasukan tentera simpanan yang dikenali sebagai Malayan Voluntary Infantry ( MIV) di negeri ini. Maarof telah berkhidmat dalam pasukan ini ketika masih menjadi guru. Beliau memakai nombor 1619 M.V.I dan terpaksa berlatih 2 kali seminggu di Seremban dan kemudiannya latihan intensif selama 2 tahun di Kem Batu 4 Port Dickson dalam tahun 1922. Mungkin tempoh tersebut juga beliau ditukarkan ke Sekolah melayu Bagan Pinang, Port Dickson. Beliau berkhidmat dalam pasukan beruniform ini hingga tahun 1924.
.
Letak jawatan
.
Dalam tahun 1925, beliau dipindahkan pula ke Sekolah Melayu Beranang. Di sinilah Haji Maarof meletakkan jawatan sebagai guru secara sukarela dengan gaji terakhir sebanyak $18.70 sebulan. Bagi memenuhi masa lapangnya, beliau belajar memandu kereta sehingga memperolehi lesen memandu. Selepas itu beliau memandu kereta sewa ke Seremban dan bersawah padi di kampung.
.
Cita-cita mengaji di pondok
.
Tuan Haji Maarof pernah bercita-cita belajar ilmu agama secara mendalam. Antara negeri-negeri sasarannya ialah Pantai Timur, Pattani dan Kedah. Dalam diam-diam beliau pergi mendapatkan akuan dari Dato' kelana Putra Luak Sungai Hujung yang menyatakan Maarof adalah anak buahnya dan menyokong hasrat beliau untuk merantau menuntut ilmu agama. Surat akuan itu diperolehi bertarikh 4 Mac 1925. Sayangnya, hasrat beliau tidak mendapat restu ibunya.
.
Merantau ke Jambi
.
Sebetulnya, Haji Maarof masih menanam tekad untuk menuntut ilmu agama dan dalam tahun 1925, beliau memberanikan diri meminta izin ibunya untuk ke Jambi pula. Tujuan beliau ialah untuk mencari wang belanja bagi meneruskan cita-citanya menuntut ilmu agama di Pantai Timur. Kali ini ibunya mengizinkan, anak muda yang taat kepada ibu dan bapanya itupun bertolaklah ke Singapura bersama pak ciknya. Mereka bermalam di masjid Kg Jawa sebelum belayar ke Jambi.
.
Di Jambi, Haji Maarof bekerja membersihkan kebun getah dan sebagai pemandu boat tambang di Sungai Jambi. Kemahirannya memandu dan boleh membaik pulih injin itu telah menarik minat penduduk di Pekan jambi untuk mendapat khidmatnya. Beliau balik ke Lenggeng semula setelah dimaklumkan ibunya sakit merinduinya. Kemudian beliau bekerja sebagai 'Revenue officer grade III di Kuala Lumpur dengan gaji bulanan sebanyak $35 dan tambahan $5 untuk elaun basikal. Dia bertugas bermula 11 April 1927 hingga 31 Oktober 1928. Setelah itu Haji Maarof bertukar beberapa kerja sehinggalah mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya.
.
Mengambil Tarekat
.
Ketika mengajar di sekolah Mantin dalam tahun 1920, Haji Maarof mengambil tarekat daripada Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad bin Mohd AlBaqir di Pantai, Seremban. Sekembalinya dari Jambi itu, Haji Maarof mula bersuluk. Suluk pertamanya selama 20 hari dan gurunya mengarahkannya membuat tahlil sebanyak 4 khatam selama sebulan.
.
Dinyatakan aktiviti bersuluk telah lama diamalkan di kawasan Lenggeng. Surau suluk pertama dicatatkan ada sejak tahun 1901 di bawah pimpinan Syeikh Kubung. Kemudian pusat-pusat bersuluk tumbuh di sana seperti di Kampung Tengah pimpinan Haji Mustaffa, Kg Suluk pimpinan Tuan Faqih, Kg Sungai Macang oleh Haji Abdullah Haji Ismail dan di Kg Dacing pimpinan Haji Said dan Syeikh Muda. Dilaporkan di Kg Dacing itu ramai murid-murid berasal dari tanah seberang.
.
Ijazah Khalifah
.
Awal tahun 1940an, Haji Maarof menumpukan masanya berguru sambil bersuluk di surau Syeikh Haji Ahmad bin Mohd Albaqir di Pantai, Seremban. Tuan guru itu telah lama mengadakan majlis ilmu di sana dan beliau merupakan khalifah tarekat Naqsyanbandi kholidiah ke 36 dan murid kepada Syeikh Ali Redha yang bermastautin di Jabal Qubais Mekah al Mukarramah, penyusun muat turunkan kedudukan lokasi Qubais ini sebagaimana catatan pengembaraan Ibnu Batttutah iaitu:
.
"Makkah ialah sebuah kota yang besar dan mempunyai bangunan-bangunan yang rapat-rapat. Ia berbentuk bujur dan terletak di dasar sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit bukau. Pengunjung yang datang tidak akan dapat melihat kota tersebut hingga ia benar-benar sampai di situ. Bukit-bukau yang mengelilinginya itu tidaklah begitu tinggi. Antara bukit tersebut ialah Jabal Abu Qubais dan Jabal Qu’aiqi’an iaitu dua buah Jabal al-Akhsyaban. Jabal Abu Qubais terletak di sebelah selatan kota Makkah dan Jabal Qu’aiqi’an pula di sebelah baratnya. Di sebelah utaranya terletak Jabal al-Ahmar. Bersebelahan dengan Jabal Abu Qubais pula terletak Ajyad al-Akbar dan Ajyad al-Asghar, kedua-duanya curam serta sempit selain Jabal al-Khandamah yang akan diceritakan kemudian. Tempat-tempat untuk melaksanakan haji iaitu Mina, ‘Arafah dan Muzdalifah, semuanya terletak di timur Makkah. "
.
Berkat Kesungguhan dan mujahaddah Haji Maarof ketika menuntut dengan Syeikh Haji Ahmad itu maka beliau terpilih untuk diijazahkan Khalifah Tarekat dalam tahun 1941. Ketika bertawajuh dalam tahun 1942, Haji Maarof mengalami sakit teruk hingga melemahkan tubuhnya. Gurunya mengarahkan murid-murid menyediakan setin minyak tanah air sejuk yang dibacakan surah Yassin. Selepas khatam tawajuh, Maarof dipimpin rakan-rakannya ke bawah jambatan sungai yang tidak jauh dari surau suluk mereka. Di atas batu tengah sungai itulah Haji Marof dimandikan. Dia begitu bersyukur kerana selepas dimandikan, tubuh badannya kembali sehat dan mampu berjalan tanpa dipapah lagi.
.
Memimpin jamaah
.
Selepas kembalinya ke rahmatullah Syeikh Haji Ahmad al Baqir pada 1 Syaaban 1362 H bersamaan 30 Julai 1942, Haji Maarof terus bersuluk dengan Haji Abdullah Haji Ismail di Suluk Sungai Bunga. Haji Abdullah dianggap guru dan abang tua dalam aliran tarekat ini. Haji Abdullah telah menulis ijazah ( bertarikh 28 April 1952) boleh memimpin tawajuh dan menyuluk bagi Haji Maarof yang tidak sempat ditulis oleh Syeikh Haji Ahmad dalam tahun 1942. Bertawajuh dengan Haji Abdullah berjalan hinggalah Haji Abdullah meninggal dunia lebih kurang tahun 1953/54.
.
Peninggalan Haji Abdullah, jamaah masih bertawajuh di Masjid Mandom setiap malam selasa dan jumaat di bawah pimpinan Haji Maarof. Kemudian mereka berpindah pula ke bangunan sekolah lama yang telah ditinggalkan dan lebih kurang 10 tahun pula mereka menggunakan bangunan tersebut. Akhirnya, dengan kesepakatan jamaah dan gotong royong telah didirikan surau baru di Kg Hilir pada 23 Ogos 1965. Surau suluk ini telah didaftarkan di Pejabat Agama dan kebenaran bertulis untuk menjalankan aktiviti keagamaan turut diberikan oleh pihak berwajib. Dato Kelana Putra, Undang Luak Sungai Ujung turut berkenan hadir di hari penutup suluk tahun tersebut. Walau bagaimanapun, jamaah ini tidak lepas dari fitnah orang yang tidak memahami aliran bersuluk atau bertarekat. Surat bantahan dari individu yang ditujukan kepada pihak berwajib telah dilayangkan tetapi kelulusan Pejabat Agama Negeri telah lama diperolehi. Malah dalam surat sokongan jabatan agama negeri bertarikh 23 Disember 1975 antara lain menyatakan:
.
"..Jabatan ini adalah sentiasa memberikan sokongan kepada apa-apa kegiatan keagamaan dan kerohanian yang boleh membawa masyarakat Islam di negeri ini kembali kepada Allah.."
.
Mereka juga berharap Tuan Guru Haji Maarof bin Yaakob akan dapat memimpin masyarakat Islam khasnya di kalangan jenerasi muda ke arah menghayati ajaran agama dan bertakwa.
.
Aktiviti jamaah
.
Surau telah diperbesarkan sesuai dengan pertambahan murid atau jamaah yang mengikuti majlis pimpinan Haji Maarof. Ramai pengunjung datang menyertai aktiviti di sini dari merata pelusuk negeri termasuk dari Singapura. Setiap majlis penutup suluk, jamaah akan mengadakan kenduri dan jiran-jiran berhampiran yang tidak bersuluk pun turut dijemput serta dalam kenduri tersebut. Apabila datang hari raya, program menziarahi tuan guru dan majlis korban turut diadakan. Haji Maarof akan diwakilkan untuk menyembelih binatang korban murid-murid beliau.
.
Penutup
.
Ratusan orang muridnya telah diberi pengakuan mengambil tarekat dan dibenarkan mengadakan tawajuh di masa hidupnya. Mereka adalah dari semua lapisan masyarakat dewasa dan berlatar belakang berbagai profession dari merata negeri. Tidak kira lelaki atau wanita yang ingin mencari keredhaan Illahi tidak akan dihampakan oleh Tuan Guru yang soleh itu. Dipercayai bilangan murid bagi aliran Naqsyabadi Kholidiah telah mencapai ribuan orang di merata pelusuk negeri. Selepas pemergiannya, difahamkan majlis tawajuh di surau itu masih diteruskan oleh menantunya Sheikh Talib.
.
Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Fatimah Idris ( isteri kedua), Almarhum telah dikurniakan 8 cahaya mata dan mewarisi cucu cicit yang ramai. Isteri beliau meninggal dunia pada 7 Jun 1987 bersamaan 9 Ramadhan 1407H. Manakala Tuan Guru Syeikh Haji Maarof kembali ke rahmatullah pada tanggal tahun 1994. Kita berdoa agar jasa dan perjuangan almarhum khalifah Naqsyabandiah alKholidiah ini mendapat tempat di sisi Allah.

Biografi Shaikh Haji Maarof Yaakob @ Shaikh Maarof Lenggeng

Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Kholidiah

Syeikh Haji Maarof Yaakob berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan iaitu sebuah mukim yang bersempadan dengan kawasan Ulu Langat Selangor. Kawasan ini lebih mudah dihubungi melalui jalan Kajang- Seremban. Sebahagian besar penduduknya ialah berasal dari tanah seberang khususnya masyarakat Minangkabau. Tuan Haji Maarof dilahirkan pada tanggal 1901 bersamaan lebih kurang tahun 1322H pada hari selasa pukul 10.00 pagi di sebuah pondok tengah sawah Kampung Sungai Bunga. Anak pertama bagi pasangan Yaakob Haji Saman dan Siti Hajar Haji Arshad asalnya diberi nama Muhamad Jinid, namun bayi ini sering menghadapi masalah dan mengikut kepercayaan orang-orang tua nama tersebut tidak serasi bagi batang tubuh anak. Lalu ditukarkan kepada Maaruf dengan harapan akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
.
Nenek moyang sebelah ibunya berasal dari tanah Jawa. Neneknya bernama Inah dan bapanya Haji Arshad dari Jawa Tengah. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan berkampung di Pulau Besar. Keluarga ini akhirnya masuk suku mengikut adat negeri ini iaitu berperut kepada Suku Biduanda. Manakala sebelah bapanya berasal dari Tanah Minang dan bermukim pula di Kampung Ampang Penajis. Di sanalah bapanya dilahirkan dan ternaung di bawah Suku Batu Hampar.
.
Mereka berpindah ke Lenggeng dalam sekitar tahun 1895. Di sinilah ibu dan bapanya bertemu jodoh. Lima tahun kemudian, mereka dikurniakan cahaya mata. Pondok penginapan mereka terletak kira-kira di hadapan Masjid Mandom sekarang.
.
Pendidikan
.
Meningkat usia 7 tahun, Maarof pun menjejakkan kakinya di Sekolah Melayu Pekan Lenggeng kira-kira 2.5 km dari rumahnya. Sekolahnya hanya beratapkan rumbia dan berdinding papan di tepi sawah. Di sinilah ia bersekolah hingga menamatkan darjah 5. Kemudian beliau terpilih melanjutkan pendidikan dua tahun lagi sehinggalah lulus peperiksaan peringkat sekolah rendah. Haji Maarof mendapat nombor ke lapan dari 2,550 murid yang mengambil peperiksaan itu. Kejayaan ini membuka peluang kepada beliau untuk menjadi guru kecil ( pelatih) dan diterima mengajar di Sekolah Melayu Pantai, Jalan Jelebu. Sebagai tanda kelayakannya, Kerajaan British ketika itu menganugerahkan beliau 'Certificate For Standard V' ( 30 Jun 1917) dan 'Certificate Of Registration Of A Teacher' pada 28 Oktober 1921. Haji Maarof kemudiannya berpindah pula ke Sekolah Melayu Mantin (1918). Beliau bertemu jodoh dalam tahun 1921 berkahwin dengan seorang gadis bernama Ghina bt Muhamad Nuh.
.
Anggota M.V.I
.
Apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama, Kerajaan kolonial British telah menubuhkan pasukan tentera simpanan yang dikenali sebagai Malayan Voluntary Infantry ( MIV) di negeri ini. Maarof telah berkhidmat dalam pasukan ini ketika masih menjadi guru. Beliau memakai nombor 1619 M.V.I dan terpaksa berlatih 2 kali seminggu di Seremban dan kemudiannya latihan intensif selama 2 tahun di Kem Batu 4 Port Dickson dalam tahun 1922. Mungkin tempoh tersebut juga beliau ditukarkan ke Sekolah melayu Bagan Pinang, Port Dickson. Beliau berkhidmat dalam pasukan beruniform ini hingga tahun 1924.
.
Letak jawatan
.
Dalam tahun 1925, beliau dipindahkan pula ke Sekolah Melayu Beranang. Di sinilah Haji Maarof meletakkan jawatan sebagai guru secara sukarela dengan gaji terakhir sebanyak $18.70 sebulan. Bagi memenuhi masa lapangnya, beliau belajar memandu kereta sehingga memperolehi lesen memandu. Selepas itu beliau memandu kereta sewa ke Seremban dan bersawah padi di kampung.
.
Cita-cita mengaji di pondok
.
Tuan Haji Maarof pernah bercita-cita belajar ilmu agama secara mendalam. Antara negeri-negeri sasarannya ialah Pantai Timur, Pattani dan Kedah. Dalam diam-diam beliau pergi mendapatkan akuan dari Dato' kelana Putra Luak Sungai Hujung yang menyatakan Maarof adalah anak buahnya dan menyokong hasrat beliau untuk merantau menuntut ilmu agama. Surat akuan itu diperolehi bertarikh 4 Mac 1925. Sayangnya, hasrat beliau tidak mendapat restu ibunya.
.
Merantau ke Jambi
.
Sebetulnya, Haji Maarof masih menanam tekad untuk menuntut ilmu agama dan dalam tahun 1925, beliau memberanikan diri meminta izin ibunya untuk ke Jambi pula. Tujuan beliau ialah untuk mencari wang belanja bagi meneruskan cita-citanya menuntut ilmu agama di Pantai Timur. Kali ini ibunya mengizinkan, anak muda yang taat kepada ibu dan bapanya itupun bertolaklah ke Singapura bersama pak ciknya. Mereka bermalam di masjid Kg Jawa sebelum belayar ke Jambi.
.
Di Jambi, Haji Maarof bekerja membersihkan kebun getah dan sebagai pemandu boat tambang di Sungai Jambi. Kemahirannya memandu dan boleh membaik pulih injin itu telah menarik minat penduduk di Pekan jambi untuk mendapat khidmatnya. Beliau balik ke Lenggeng semula setelah dimaklumkan ibunya sakit merinduinya. Kemudian beliau bekerja sebagai 'Revenue officer grade III di Kuala Lumpur dengan gaji bulanan sebanyak $35 dan tambahan $5 untuk elaun basikal. Dia bertugas bermula 11 April 1927 hingga 31 Oktober 1928. Setelah itu Haji Maarof bertukar beberapa kerja sehinggalah mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya.
.
Mengambil Tarekat
.
Ketika mengajar di sekolah Mantin dalam tahun 1920, Haji Maarof mengambil tarekat daripada Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad bin Mohd AlBaqir di Pantai, Seremban. Sekembalinya dari Jambi itu, Haji Maarof mula bersuluk. Suluk pertamanya selama 20 hari dan gurunya mengarahkannya membuat tahlil sebanyak 4 khatam selama sebulan.
.
Dinyatakan aktiviti bersuluk telah lama diamalkan di kawasan Lenggeng. Surau suluk pertama dicatatkan ada sejak tahun 1901 di bawah pimpinan Syeikh Kubung. Kemudian pusat-pusat bersuluk tumbuh di sana seperti di Kampung Tengah pimpinan Haji Mustaffa, Kg Suluk pimpinan Tuan Faqih, Kg Sungai Macang oleh Haji Abdullah Haji Ismail dan di Kg Dacing pimpinan Haji Said dan Syeikh Muda. Dilaporkan di Kg Dacing itu ramai murid-murid berasal dari tanah seberang.
.
Ijazah Khalifah
.
Awal tahun 1940an, Haji Maarof menumpukan masanya berguru sambil bersuluk di surau Syeikh Haji Ahmad bin Mohd Albaqir di Pantai, Seremban. Tuan guru itu telah lama mengadakan majlis ilmu di sana dan beliau merupakan khalifah tarekat Naqsyanbandi kholidiah ke 36 dan murid kepada Syeikh Ali Redha yang bermastautin di Jabal Qubais Mekah al Mukarramah, penyusun muat turunkan kedudukan lokasi Qubais ini sebagaimana catatan pengembaraan Ibnu Batttutah iaitu:
.
"Makkah ialah sebuah kota yang besar dan mempunyai bangunan-bangunan yang rapat-rapat. Ia berbentuk bujur dan terletak di dasar sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit bukau. Pengunjung yang datang tidak akan dapat melihat kota tersebut hingga ia benar-benar sampai di situ. Bukit-bukau yang mengelilinginya itu tidaklah begitu tinggi. Antara bukit tersebut ialah Jabal Abu Qubais dan Jabal Qu’aiqi’an iaitu dua buah Jabal al-Akhsyaban. Jabal Abu Qubais terletak di sebelah selatan kota Makkah dan Jabal Qu’aiqi’an pula di sebelah baratnya. Di sebelah utaranya terletak Jabal al-Ahmar. Bersebelahan dengan Jabal Abu Qubais pula terletak Ajyad al-Akbar dan Ajyad al-Asghar, kedua-duanya curam serta sempit selain Jabal al-Khandamah yang akan diceritakan kemudian. Tempat-tempat untuk melaksanakan haji iaitu Mina, ‘Arafah dan Muzdalifah, semuanya terletak di timur Makkah. "
.
Berkat Kesungguhan dan mujahaddah Haji Maarof ketika menuntut dengan Syeikh Haji Ahmad itu maka beliau terpilih untuk diijazahkan Khalifah Tarekat dalam tahun 1941. Ketika bertawajuh dalam tahun 1942, Haji Maarof mengalami sakit teruk hingga melemahkan tubuhnya. Gurunya mengarahkan murid-murid menyediakan setin minyak tanah air sejuk yang dibacakan surah Yassin. Selepas khatam tawajuh, Maarof dipimpin rakan-rakannya ke bawah jambatan sungai yang tidak jauh dari surau suluk mereka. Di atas batu tengah sungai itulah Haji Marof dimandikan. Dia begitu bersyukur kerana selepas dimandikan, tubuh badannya kembali sehat dan mampu berjalan tanpa dipapah lagi.
.
Memimpin jamaah
.
Selepas kembalinya ke rahmatullah Syeikh Haji Ahmad al Baqir pada 1 Syaaban 1362 H bersamaan 30 Julai 1942, Haji Maarof terus bersuluk dengan Haji Abdullah Haji Ismail di Suluk Sungai Bunga. Haji Abdullah dianggap guru dan abang tua dalam aliran tarekat ini. Haji Abdullah telah menulis ijazah ( bertarikh 28 April 1952) boleh memimpin tawajuh dan menyuluk bagi Haji Maarof yang tidak sempat ditulis oleh Syeikh Haji Ahmad dalam tahun 1942. Bertawajuh dengan Haji Abdullah berjalan hinggalah Haji Abdullah meninggal dunia lebih kurang tahun 1953/54.
.
Peninggalan Haji Abdullah, jamaah masih bertawajuh di Masjid Mandom setiap malam selasa dan jumaat di bawah pimpinan Haji Maarof. Kemudian mereka berpindah pula ke bangunan sekolah lama yang telah ditinggalkan dan lebih kurang 10 tahun pula mereka menggunakan bangunan tersebut. Akhirnya, dengan kesepakatan jamaah dan gotong royong telah didirikan surau baru di Kg Hilir pada 23 Ogos 1965. Surau suluk ini telah didaftarkan di Pejabat Agama dan kebenaran bertulis untuk menjalankan aktiviti keagamaan turut diberikan oleh pihak berwajib. Dato Kelana Putra, Undang Luak Sungai Ujung turut berkenan hadir di hari penutup suluk tahun tersebut. Walau bagaimanapun, jamaah ini tidak lepas dari fitnah orang yang tidak memahami aliran bersuluk atau bertarekat. Surat bantahan dari individu yang ditujukan kepada pihak berwajib telah dilayangkan tetapi kelulusan Pejabat Agama Negeri telah lama diperolehi. Malah dalam surat sokongan jabatan agama negeri bertarikh 23 Disember 1975 antara lain menyatakan:
.
"..Jabatan ini adalah sentiasa memberikan sokongan kepada apa-apa kegiatan keagamaan dan kerohanian yang boleh membawa masyarakat Islam di negeri ini kembali kepada Allah.."
.
Mereka juga berharap Tuan Guru Haji Maarof bin Yaakob akan dapat memimpin masyarakat Islam khasnya di kalangan jenerasi muda ke arah menghayati ajaran agama dan bertakwa.
.
Aktiviti jamaah
.
Surau telah diperbesarkan sesuai dengan pertambahan murid atau jamaah yang mengikuti majlis pimpinan Haji Maarof. Ramai pengunjung datang menyertai aktiviti di sini dari merata pelusuk negeri termasuk dari Singapura. Setiap majlis penutup suluk, jamaah akan mengadakan kenduri dan jiran-jiran berhampiran yang tidak bersuluk pun turut dijemput serta dalam kenduri tersebut. Apabila datang hari raya, program menziarahi tuan guru dan majlis korban turut diadakan. Haji Maarof akan diwakilkan untuk menyembelih binatang korban murid-murid beliau.
.
Penutup
.
Ratusan orang muridnya telah diberi pengakuan mengambil tarekat dan dibenarkan mengadakan tawajuh di masa hidupnya. Mereka adalah dari semua lapisan masyarakat dewasa dan berlatar belakang berbagai profession dari merata negeri. Tidak kira lelaki atau wanita yang ingin mencari keredhaan Illahi tidak akan dihampakan oleh Tuan Guru yang soleh itu. Dipercayai bilangan murid bagi aliran Naqsyabadi Kholidiah telah mencapai ribuan orang di merata pelusuk negeri. Selepas pemergiannya, difahamkan majlis tawajuh di surau itu masih diteruskan oleh menantunya Sheikh Talib.
.
Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Fatimah Idris ( isteri kedua), Almarhum telah dikurniakan 8 cahaya mata dan mewarisi cucu cicit yang ramai. Isteri beliau meninggal dunia pada 7 Jun 1987 bersamaan 9 Ramadhan 1407H. Manakala Tuan Guru Syeikh Haji Maarof kembali ke rahmatullah pada tanggal tahun 1994. Kita berdoa agar jasa dan perjuangan almarhum khalifah Naqsyabandiah alKholidiah ini mendapat tempat di sisi Allah.
Dicatat oleh laluansutera di 00:05 0 ulasan

Khamis, 15 April 2010

SHAIKH MUHAMMAD BABA AL-SAMMASI (Silsilah Ke 14)

Beliau dilahirkan di sebuah kampung berdekatan Ramitain dipanggil dengan Sammas di Uzbekistan. Beliau mempelajari pelbagai ilmu agama dan ilmu logik sehingga bergelar sebagai seorang 'allamah (sangat alim) di zamannya. Beliau berdamping diri dengan Shaikh 'Azizan ('Ali Ramitani) dan bermujahadah bersungguh-sungguh sehingga mengatasi semua ikhwan seperguruannya yang lain, lalu dilantik oleh gurunya sebagai khalifah. Shaikh Azizan memerintah para murid beliau tunduk dan patuh kepada arahan Shaikh Baba al-Sammasi semenjak hidup beliau lagi. Beliaulah yang telah mengkhabarkan berita kemunculan Shaikh Baha' al-Din Naqshaband sebelum kelahirannya lagi. Setiap kali beliau lalu berhampiran kampung kelahiran Shaikh Baha', iaitu Qasr al-'Arifan, beliau berkata; aku menghidu bau seorang arif di kawasan ini.

Setelah kelahiran Shaikh Baha' beberapa hari, beliau berkata lagi; aku mendapati bau si arif itu semakin semerbak. Kemudian apabila datuk Shaikh Baha' membawa beliau bertemu Shaikh Baha' beliau berkata; inilah dia anakku lantas berpaling kepada para muridnya sambil berkata; inilah dia orang arif yang aku maksudkan tempohari. Tak lama nanti beliau akan menjadi ikutan ramai manusia. Seterusnya Shaikh Baba al-Sammasi memandang khalifahnya Amir Kulal lalu berkata; jangan kamu sekali-kali mengsia-siakannya dan cuai dalam mendidiknya. Jika kamu cuai mendidiknya, kamu tidak akan memperoleh keredaanku selama-lamanya. Beliau wafat di Sammas pada tahun 755H.

Mempelajari Metafizik oleh Prof. Dr. Burhanudin al-Helmi

Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu di zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau mâ warâ’a al-tabâ‘ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.

Dalam hal ini rasanya eloklah saya ceritakan sedikit hal-hal saya dengan tasawwuf ini. Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara‘nya. Maka saya dari kecilnya dilatih secara wara‘nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjamaah, membaca Quran dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.

Bila saya lepas belajar ke luar, di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula ‘ulama’-‘ulama’ kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba‘ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, [Syeikh] ‘Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi. Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot. Pada saya, tasawwuf dan tariqatnya itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur-aduk dengan bid‘ah. Pada saya kitab tasawwuf seperti karangan Imam Ghazali (w.505H/1111M) itu saya pandang seperti madu bercampur racun, kerana saya pandang dari segi bahas fiqh, tafsir dan hadith tidak kuat menurut kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940. Pendeknya ilmu tasawwuf saya ketepikan. Nafsu saya tidak mahu langsung kepadanya, apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang ‘Malaya jadi Palestin kedua’ masih kedengaran diperkatakan orang.


Maka saya di India saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (Ph.D) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah. Saya pelajari sufi dari bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa‘i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu ‘Ata’illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula.

Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus-peny.) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada ‘ulama’-‘ulama’ Syi‘i dan ‘ulama’-‘ulama’ tasawwuf, sama ada ‘ulama’-‘ulama’ itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui ‘ulama-‘ulama’ fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha [se]bagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.

Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawwuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik.

Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan ‘ulama’-‘ulama’ tasawwuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya.

Dipetik daripada buku Simposium Tasawwuf dan Tariqah oleh Prof. Dr. Burhanuddin, hlm. 35-38.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh al-Marhum Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmi.

http://malakian.blogsome.com/2006/05/16/mempelajari-metafizik-oleh-prof-dr-burhanudin-al-helmi/

SHAIKH 'ALI AL-RAMITANI (Silsilah Ke 13)

Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Ramitain terletak kira-kira 2 batu berjauhan dari Bukhara. Beliau dibesarkan serta mendapat pendidikan agama di sana sehingga beliau dikatakan mahir dalam bidang Pengajian Islam. Kemudiannya beliau berguru dengan Shaikh Mahmud Injir Faghnawi sampai ke peringkat beliau mencapai pelbagai tingkatan iman dan yakin yang dengannya dapat membimbing manusia ke jalan reda Allah SWT.

Kecemerlangan yang dimiliki beliau tersebut menjadikannya masyhur dengan panggilan al'Azizan. Antara nasihat beliau ialah; beramallah kamu semua, jangan hanya banyak mengira-ngira (kebaikan) bahkan hendaklah kamu sentiasa mengiktiraf terhadap kekurangan serta kecuaian kamu. Antaranya lagi beliau berkata; hendaklah kamu bersungguh-sungguh mengekali hudur (mengingati Allah) terutamanya sewaktu makan dan ketika bercakap. Beliau wafat pada hari Isnin 18hb Zulkaedah 721H ketika berumur 130 tahun.

SHAIKH MAHMUD AL-INJIR FAGHNAWI (Silsilah Ke-12)

Shaikh Mahmud dilahirkan di sebuah kampung bernama Injir Faghna yang sekarang ini dinamakan dengan Fergena, iaitu satu daerah di Uzbeskistan yang berhampiran dengan Bukhara. Beliau adalah seorang pengganti selepas kewafatan gurunya Shaikh 'Arif untuk meneruskan dakwah membimbing masyarakat ke jalan Allah.

Beliau merupakan tokoh yang mendapat natijah untuk berdhikir secara jahar (secara lantang), yang pada kebiasaannya amalan dhikir itu dilakukan secara sirr (secara diam) pada zaman gurunya. Perbuatannya itu telah diakui gurunya. Dilaporkan amalan berdhikir secara jahar itu berterusan sehingga ke zaman Shaikh Amir Kulal.

Dilaporkan juga seorang lelaki yang pernah bertemu dengan Khidir a.s. bertanya kepadanya siapakah pada zaman itu yang paling istiqamah dalam menghayati syariat Allah SWT, Khidir menjawab dia ialah Shaikh Mahmud al-Injir Faghnawi. Hal tersebut menjadi Shaikh 'Ali al-Ramitani berguru dengan beliau kemudiannya. Pada suatu hari Shaikh Mahmud telah menziarahi seorang Khalifah akrab Shaikh Awliay' al-Khabir (iaitu Khalifah akrab Shaikh 'Abdul Khaliq Ghujdawani), bernama Shaikh Dahqan, yang sedang sakit tenat. 

Setelah kepulangan beliau daripada ziarah tersebut, Shaikh Dahqan berdoa memohon daripada Allah mengurniakannya seorang wali berdoa untuknya ketika nazak. Tiba-tiba sahaja didapati Shaikh Mahmud sekali lagi datang menziarahinya dan menemaninya sehingga beliau wafat. Shaikh Mahmud wafat pada tahun 685H.

SHAIKH MUHAMMAD 'ARIF RIYUKIRI (Silsilah Ke 11)

Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Riyukiri yang terletak kira-kira 6 batu daripada Bukhara dan sebatu jaraknya daripada Ghujdawan. Beliau telah menerima bay'ah daripada Shaikh Abdul Khaliq dan berkhidmat dengannya sehingga diberi izin oleh gurunya untuk memimpin Tarekat ini. Beliau wafat di kampung kelahirannya pada tahun 649H

Ringkasan SHAIKH 'ABDUL AL-KHALIQ ALlGHUJDAWANI (Silsilah Ke 10)

Beliau yang merupakan anak kepada Shaikh 'Abdul Jamil q.s., adalah seorang tokoh ikutan dalam Tarekat Tasawwuf dan menjadi panduan bagi ahli haqiqat, di samping memiliki ilmu ma'rifat serta kefahaman yang mendalam tentang kerohanian.

Beliau dilahirkan di Ghujdawan, iaitu satu kawasan beberapa batu jauhnya daripada Bukhara. Beliau wafat pada tahun 575H di tempat kelahirannya. Bapa beliau adalah seorang ulama' terkenal di zamannya dan nasab keturunan beliau bersambung kepada Imam Malik r.a. Dilaporkan ayahanda beliau pernah bertemu dengan Khidir a.s. dan berguru dengannya sehingga pada suatu ketika isteri beliau sedang hamil, Khidir mengkhabarkan berita gembira bahawa beliau akan dikurniakan seorang anak soleh bernama Abdul Khaliq. 

Setelah kelahiran Abdul Khaliq, beliau dibesarkan dalam didikan yang sempurna sehingga dapat menguasai ilmu agama menerusi pembelajaran daripada beberapa ulama' sezaman beliau. Shaikh Abdul Khaliq kemudiannya dikurniakan bertemu Khidir a.s., lalu mengajarnya dhikr khafiy iaitu La Ilaha Illa Allah dalam hati dalam keadaan menahan nafasnya sebagaimana maklum dalam Tarekat Naqshabandiyyah. Bermula dari situ, beliau mula dididik oleh Khidir a.s. secara kerohanian dan dikurniakan ilmu ladduni sehingga mencapai peringkat yang tinggi mulia.

Kemudian beliau diarah Khidir a.s. berguru serta berkhidmat dengan Shaikh tarekat yang sezamannya iaitu Shaikh Yusuf al-Hamdani. Sewaktu berguru dengan Shaikh Yusuf, beliau disuruh meneruskan dhikir yang telah diajar oleh Khidir a.s. kepadanya. Begitulah beliau seterusnya melakukan khidmat sebaik-baiknya kepada gurunya hingga hari kewafatan guru beliau dan setelah itu beliau menyambung kerja dakwah sebagai menggantikan tugas gurunya.

Ahad, 11 April 2010

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN PERJALANAN SALIK

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN PERJALANAN SALIK

 

1. TERASA ADA AMALAN

 

Maksudnya seseorang itu merasakan bahawa dirinya itu telah banyak berbuat amal soleh; banyak sembahyang, puasa, zikir, banyak sedekah dan sebagainya lagi. Jika ada rasa demikian maka rosaklah perjalanan keruhaniannya. Rasa yang demikian itu bukan sahaja akan menimbulkan sifat riak, ujub dan sebagainya tetapi ianya boleh menyebabkan syirik atau menyengutukan Allah. Oleh kerana itu seseorang salik itu dikehendaki merasa-rasakan

secara bersungguh-sungguh bahawa segala amalnya yang soleh itu adalah kurnia Allah semata-mata, hal Allah semata-mata, dari Allah semata-mata.

 

Setelah rasa begitu dapat dihayati sebenar-benarnya, maka InsyaAllah ia akan dikurniakan oleh Allah Tauhid Af’al atau tauhid pada perbuatan Allah, di mana seorang itu pada peringkat tersebut dapat melihat keesaan perbuatan Allah semata-mata akan tercapailah ketiga-tiga syarat bagi penerimaan amal iaitu ikhlas, fana’ (amalan diri dalam perbuatan Allah) dan benar-benar berasa bahawa tidak ada daya dan kekuatan kecuali Allah semata

-mata.Kesimpulannya: Bila terasa ada amal maka Tauhid Af’al tidak akan tercapai.

 

 

2. PANJANG ANGAN-ANGAN NAFSU KEDUNIAANNYA

 

Khalifah Ali ( r.a ) pernah menyebutkan bahawa panjang angan-angan nafsu keduniaan itu adalah punca segala kesalahan atau dosa. Orang yang panjang angan-angan nafsu keduniaannya itu sentiasa lena dihayun oleh berbagai jenis angan-angannya itu. Pada setiap saat hatinya berkata-kata: “Aku akan buat ini, buat itu. Kalau aku buat ini akan jadi begini dan kalau aku buat yang lain akan jadi begitu…”

 

Tegasnya ia akan dilamun oleh berbagai fikiran dan rancangannya sendiri yang tidak akan ada titik perhentiannya sama sekali. Hal demikian adalah mengambarkan bahawa orang  tersebut jahil terhadap Tauhid, sebab orang yang jahil Tauhid itu menurut Ibn Ata’illah hatinya sentiasa berkata: “Apakah yang akan aku buat”.

 

Orang yang benar Tauhidnya pula menurut beliau, hatinya sentiasa berkata:”Apakah yang Allah akan buat terhadap dirinya itu”. Di samping itu orang yang panjang angan-angan keduniaan itu hatinya akan menjadi gelap disebabkan berbagai gambaran kebendaan sentiasa memenuhi ruang di hatinya sehingga Allah tidak akan mendapat ruang di hati lagi, pada hal hati itu untuk Allah. Nabi bersabda, ertinya:”Hati itu rumah Allah”Maksudnya hati itulah tempat yang dipilih dan dibersihkan oleh Allah dan dimuliakan sebagai jalan perhubungan antara Allah dengan hambaNya. Oleh itu hati itu tidak boleh dimasuki sesuatu yang lain dari Allah.

 

Samalah keadaan hati itu seperti Kaabah, kerana Kaabah itu adalah dikatakan sebagai Rumah Allah. Kalau Kaabah itu mesti bersih dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kesuciannya, maka begitu jugalah dengan hati, ia mesti bersih dari sesuatu yang mengotori ruang hati serta mengelapkannya.

 

Dari angan-angan keduniaan itu maka akan timbullah berbagai sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, gemar kemasyhuran dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa sebahagian daripada angan-angan keduniaan itu ialah angan-angan seorang itu mengenai akhirat, tetapi cita-cita dan angan-angan itu telah dikotori oleh berbagai kehendak nafsunya.

 

Ramai orang terjerat di dalam perangkap ini tidak dapat menyedari dirinya itu sendiri. Misalnya, seorang itu membanyakkan usahanya berzikir siang dan malam, tetapi hati kecilnya terlintas bahawa dengan berbuat demikan maka ia akan cepat menjadi wali atau

menjadi seorang Syeikh atau lekas fana’ dan sebagainya. Sepatutnya ia bercita-cita supaya dapat ma’rifatullah dan keredhaanNya.

 

Demikian juga seorang salik yang berhenti dari kerja mencari rezeki atau berhenti dari belajar Ilmu Islam kerana didorong supaya cepat naik maqam atau cepat mencapai matlamat perjalanannya; kononnya jika ia menumpukan zikir dan beramal ibadat sahaja maka cepatlah sampai kepada matlamat yang dituju. Sebenarnya hal demikian itu masih dipenuhi nafsu keduniaan yang pada zahirnya macam cita-cita akhirat.

 

 

3. HATI BERKATA ATAU TERLINTAS BAHAWA DIRINYA TELAH MENCAPAI

TARAF WALI ATAU MENCAPAI SIFAT-SIFAT KEWALIAN

 

Sifat demikian adalah berlawanan dengan kehendak Allah, kerana Allah melarang seseorang itu dari perbuatan mengaku diri sendiri itu suci dan bersih. Allah berfirman, maksudnya :“Maka janganlah kamu mengaku bahawa diri kamu itu suci. Dialah (Allah) yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang bertakwa”.

 

Nabi bersabda yang bermaksud: “Tanda kecelakaan (masuk neraka) itu empat perkara :

 

(Pertama), lupakan dosa-dosa yang dilakukan, pada hal dosa-dosa itu masih utuh di sisi Allah.

(Kedua), ingatkan berbagai kebaikan yang dilakukan, pada hal ia tidak tahu samada kebaikan itu diterima atau ditolak oleh Allah.

(Ketiga), memandang orang yang di atas mengenai hal keduniaan.

(Keempat), memandang orang yang di bawah (lebih rendah) mengenai hal-hal ugama.

 

 

maka Allah berfirman (kepada orang ini): " Aku mahukan orang ini, tetapi ia tidak mahukan Aku, maka Aku pun tinggalkan sahaja”

 

Sebenarnya, bila seseorang itu tinggi darjatnya di sisi Allah, maka ia akan terasa rendah; bila ruhaninya bersih, maka ia terasa kotor dan banyak dosa; bila telah menjadi wali, maka terasa dirinya masih jauh dari kecintaan Allah. Sebaliknya, orang yang masih bergelumang dengan dosa itu biasanya merasakan dirinya sudah bersih, sudah menjadi wali Allah. Oleh yang demikian seseorang itu yang terasa telah menjadi wali itu telah tersimpang jauh dari arah perjalanannya yang sebenar. Ia tidak akan sampai ke matlamat yang dituju dan ia tetap jatuh tersungkur yang sukar untuk bangun semula.

 

 

4. SUKA DAN SENANG HATI BILA DIKERUMUNI OLEH ORANG RAMAI.

 

 

Bila ramai orang berada di sekelilingnya, kerana menyokong dan menyukainya maka ia berasa seronok, suka dan senang hati.

 

Sebaliknya, bila orang ramai menjauhkan diri daripadanya maka ia berasa susah hati. Sifat demikian boleh merosakkan keruhanian seseorang salik, kerana pada hakikatnya ia masih memandang makhluk dan tidak memandang Allah. Di samping itu, sifat demikian itu menunjukkan bahawa ia masih sukakan kemasyhuran, kemuliaan, keagungan dan sifat-sifat lain yang seumpamanya.

 

Semua sifat tersebut adalah pakaian Allah bukan pakaian makhluk atau manusia. Ibrahim bin Adham berkata:”Seseorang yang tidak meninggalkan kemuliaan kepada kehinaan, ia tidak akan sampai ke darjat orang yang solihin”. Seorang murid Syeikh Abu Yazid Al-Bustami pernah mengadu kepadanya bahawa ia telah beramal di bawah pimpinan Syeikh Abu Yazid selama 30 tahun, tetapi ia terasa tidak mendapat apa-apa perubahan, masih tetap di tahap dahulu juga, maka apakah yang menyebabkan jadi begitu? Syeikh Abu Yazid Al-Bustami menjelaskan bahawa jika muridnya itu beramal selama 1,000 tahun lagi pun, tetap tidak akan berubah keadaan dirinya itu, kecuali ia membuang semua sifat berasa mulia dan tinggi di mata masyarakat itu.

 

 

Seorang itu dikehendaki menjadi hamba Allah, bukan hamba manusia. Bila seseorang itu suka kepada manusia, maka ia jadi hamba manusia, bukan hamba Allah. Seorang hamba Allah hanya sibuk dengan Allah, senang dengan Allah, cinta hanya terhadap Allah, harapannya hanya pada Allah dan tidak kepada yang lain.

 

 

5. BERASA PUAS HATI DENGAN BERBAGAI BAYANGAN MIMPI SIFAT HATI YANG

SANGAT TERTARIK DENGAN MIMPI-MIMPI YANG DIALAMI ADALAH

MEMBAHAYAKAN KERUHANIAN SESEORANG ITU.

 

 

Sifat tersebut akan mendorongkannya untuk berpegang terhadap berbagai tafsiran mimpi yang dialaminya itu. Lama kelamaan ia akan disesatkan oleh syaitan menerusi tafsiran-tafsiran mimpi itu sendiri, tanpa dapat menyedari kesalahan dirinya itu sampai bila-bila. Malahan setiap ia beramal, maka ia mengharapkan untuk mendapat mimpi yang baik-baik atau yang ia anggap dapat menguntungkan dirinya.

 

Bagaimana akibatnya nanti bila dia itu bermimpi bahawa si pulan itu berzina, si pulan bin pulan itu mesti dibunuh dan sebagainya lagi? Tentu akan menimbulkan fitnah besar di dalam masyarakat. Ternyata orang yang berpegang terhadap mimpi itu telah hanyut dari tujuan perjalanannya yang dirumuskan dalam doa munajatnya sendiri.

 

 

6. BERASA JINAK, SERONOK TERHADAP WIRID ATAU ZIKIR YANG DILAKUKAN

 

 

Sifat ini juga dilarang, kerana ianya boleh melalaikan seseorang itu dari mengingati Allah yang sebenar. Apa yang disuruh oleh Allah ketika berzikir atau berwirid itu ialah mengingati Allah, seronok dan senang hati terhadap Allah, bukan terhadap wirid dan zikir yang dibaca itu. Jika seronok dan senang hati dengan wirid dan zikir yang dibacakan itu, maka samalah juga ia seronok mendengar lagu atau nyanyian dari penyanyi.

 

Sifat tersebut akan menjadi hijab, kerana seseorang akan terhenti di tahap wirid dan zikirnya itu sahaja, sedang perjalanannya yang sebenar masih jauh lagi.

 

Bagaimana jika seseorang itu mendapat mimpi ? Jika mimpi itu baik maka hendaklah ia bersyukur dan jika sebaliknya maka hendaklah ia berlindung dengan Allah, jalan terus, jangan dihiraukan sangat mimpi itu.

 

 

7. BERASA LAZAT DAN PUAS HATI TERHADAP NATIJAH-NATIJAH ZIKIR AL-WARIDAT BERERTI BERBAGAI HAL YANG BERSIFAT DZAUQIYAH YANG ALLAH KURNIAKAN DI DALAM RUANG HATI ATAU RUH ORANG YANG BERZIKIR.

 

 

Demikian juga berbagai pemandangan ruh atau mata hati terhadap rahsia-rahsia perjalanan menuju Allah itu adalah juga termasuk di dalam makna al-waridat itu.

 

Di kalangan ahli Tariqat di Malaysia ini, al-waridat itu di istilahkan sebagai natijah-natijah zikir. Al-Imam Al-Ghazali mengibaratkan orang yang berasa seronok dan lazat dengan al-waridat itu seperti anak-anak kecil yang menanggis, lalu diberikan gula-gula atau anak -anak patung, maka iapun merasa seronok lalu diam dan berhenti dari menanggis, kerana ia puas hati dengan gula-gula atau anak-anak patung itu.

 

Al-Imam Al-Ghazali juga mengambarkan bahawa perjalanan ruhani seseorang menuju Allah itu dapat disamakan dengan perjalanan seseorang menemui raja yang bersemayam di atas singgahsana di dalam istananya; bila seseorang yang mahu menemuinya maka keluar dari rumahnya untuk menemui raja itu, sudah tentu akan mengambil masa yang lama disebabkan perjalanannya yang jauh itu; dalam perjalanannya itu tentu ada kampung, kebun, ladang, dan berbagai pemandangan lagi; bila sampai di kawasan istana pula tentulah pemandangan lebih menarik dan indah. Jika seseorang salik itu tertarik dengan pemandangan-pemandangan itu semua dan berasa seronok, sudah tentulah ia akan terlupa tujuan asal untuk menemui raja itu.

 

 

Apa yang paling membahayakan ialah seseorang itu berasa telah sampai kepada raja yang dituju, pada hal ia masih jauh lagi dari istana atau mungkin juga ia masih berlegar-legar di halaman istana. Oleh yang demikian, maka sifat berasa lazat, seronok dengan al-waridat itu menjadi hijab hati atau ruhani yang merosakkan perjalanannya. Lebih hebat lagi bila seseorang itu telah dihantui dan dicandui oleh perasaan seronok dan lazat dengan al-waridat tersebut.

 

Di tahap tersebut, orang tersebut akan dihanyutkan oleh al-waridat itu sendiri, sehingga bila satu masa nanti al-waridat terasa tidak ada maka hati kecilnya mula berperangsangka buruk terhadap Allah, dirinya sendiri, terhadap gurunya dan para sahabatnya.

 

Bagaimana mahu menerima al-waridat itu ? Terimalah dengan bersyukur kepada Allah, jika ianya tidak berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah Nabi dan jika tidak berlawanan dengan kata-kata ulama yang arif billah. Tetapi janganlah dihiraukan sangat al-waridat tersebut. Jika al-waridat tersebut berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau pandangan ulama arif billah, maka hendaklah ianya kita sisihkan sahaja, jangan pandang langsung.

 

Di sinilah letaknya bahawa seseorang itu mesti terus menimba ilmu, tauhid, feqah dan tasauf, kerana tanpa ilmu sukar untuk menentukan al-waridat itu hak atau batil.Seorang yang tidak mahu mengerjakan sembahyang, tidak mahu menceburkan diri dalam masyarakat atau sebagainya, pada hal gurunya tidak ada mengajarkan demikian adalah berpunca dari kesilapannya sendiri iaitu terlalu berpegang terhadap al-waridat, walaupun ia jahil mengenai Al-Quran, Sunnah Nabi dan pandangan para ulama yang sebenarnya.

 

 

8. DIAM, NEGATIF TIDAK POSITIF TERHADAP JANJI-JANJI BAIK ALLAH

 

Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik, malahan Allah menyuruh supaya para hambaNya itu berlumba-lumba untuk berbuat berbagai kebaikan.

Allah berfirman, maksudnya:  

“Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk membuat berbagai kebaikan”. Al-Anbia 90

 

Kebaikan yang Allah perintahkan untuk dilakukan selain daripada perkara-perkara yang difardhukan adalah terlalu banyak. Oleh itu seseorang itu, setelah menunaikan yang difardhukan, maka hendaklah ia aktif, cergas dan bersegera berbuat kebaikan itu.

 

Ingatlah bahawa orang yang berhenti (waqif) itu adalah orang yang masih mula berjalan, seorang salik pula adalah berjalan terus (sair) sedang seorang yang telah sampai kepada hakikat (wasil) pula adalah sentiasa terbang, bukan hanya ruhaniyahnya tetapi juga aspek zahirnya.

 

Contoh kita ialah Nabi Muhammad S.A.W. Tidaklah Baginda itu sentiasa aktif, cergas dalam hidupnya untuk berbuat kebaikan yang sebaik-baiknya. Sebab itulah Allah menyatakan bahawa hamba - hamba Allah yang sebenarnya itu ialah mereka yang mendengar ajaran Allah lalu melakukan yang terbaik sekali.

 

Maksudnya: “Hamba-hamba Allah yang sebenar itu ialah mereka yang mendengar ajaran Allah lalu diikuti (dibuat) yang lebih dalam lagi dalam perkara-perkara yang membantu menyempurnakan amalan salik”.

 

9. BERPADA DENGAN BERPEGANG KEPADA SANGKAAN-SANGKAAN SAHAJA

 

Perjalanan ruhaniyah adalah amat sulit dan banyak liku-likunya yang mudah menyesatkan, lebih sulit dan lebih bahaya lagi jika dibandingkan dengan perjalanan di dalam hutan dara yang terlalu tebal. Oleh itu ia perlukan ilmu yang tepat dan benar sebagaimana yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi serta yang terdapat di dalam kitab-kitab yang mu’tabat.

 

Jika seseorang hanya berpandu kepada sangkaan-sangkaannya sahaja, sudah tentulah ia akan sesat. Dari sudut yang lain pula dapat kita gambarkan bahawa jalan keruhanian itu seperti sebuah cermin yang bersih, tetapi ada garis pembahagi sebelah kiri dan kanan; sebelah kiri adalah iblis dan kesesatan sedang sebelah kanan adalah yang hak atau yang benar yang dikehendaki oleh Allah.

 

Tetapi garis pembahagi di cermin yang memisahkan kiri dan kanan itu tidak nampak dan terlalu sukar untuk dilihat sehingga orang yang berjalan di atasnya telah jauh terseleweng ke kiri, tetapi ia masih yakin berada di sebelah kanan (Ia telah sesat, tetapi ia merasakan masih berada di dalam kebenaran).

 

Hanya bila kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah serta pandangan ulama yang arif billah sahajalah yang dapat menyedarkan diri samada kita telah sesat atau berada di dalam kebenaran Allah.Kebanyakan kesesatan dan tindakan serta tingkah laku pengamal-pengamal ilmu tasauf yang menyalahi syariat Islam adalah berpunca dari sangkaan-sangkaan mereka sendiri seperti yang disebutkan itu.

 

10. MENIPU ALLAH

 

Perbuatan menipu Allah ini banyak berlaku di kalangan orang-orang yang jahil, terutamanya seseorang yang jahil murakkab iaitu ia jahil dan tidak mahu belajar serta tidak mahu mendengar kebenaran yang disampaikan kepadanya, malahan ia bersikap bodoh sombong dengan sifat kejahilan dirinya itu.

 

Contoh - contoh perbuatan menipu Allah itu ialah seperti tidak mahu sembahyang kononnya ia telah melakukan sembahyang daim (hatinya terus sembahyang tanpa putus) , berjudi itu rezeki yang Allah beri juga seperti sumber-sumber rezeki lainnya, kerana hakikat rezeki itu datangnya dari Allah belaka; berdoa itu syirik kerana bila berdoa bererti menuduh Allah tidak tahu untuk mengurus diri para makhluknya, sembahyang itu syirik kerana ada niat sengaja aku sembahayang, tidak sembahyang dosa besar, dosa besar diampunkan, tetapi syirik tidak diampunkan.

 

Oleh itu tidak buat sembahyang adalah lebih baik daripada melakukannya. Kata-kata si jahil seperti itu adalah merupakan kata-kata loyar buruk semata-mata. Mereka akan dimasukkan ke neraka oleh Allah dengan cara yang amat menyakitkan hatinya. Tegasnya Allah akan berloyar buruk terhadap mereka.

Misalnya, orang itu akan dimasukkan di dalam satu bekas dan bekas itu dimasukkan ke neraka; bila mereka bertanya mengapa mereka dimasukkan ke neraka, maka Allah  menjawab bahawa Allah tidak membakar mereka tetapi hanya mahu membakar bekas itu sahaja ! Wallahu a'lam.